Terma dan Syarat

Apabila pelanggan membeli produk-produk di Jueallure.blogspot.com bermakna pelanggan telah bersetuju dengan TERMA DAN SYARAT yang kami sediakan. Sebagai pelanggan, anda haruslah mematuhi panduan TERMA DAN SYARAT Jueallure.blogspot.com. Ia nya bagi melindungi kedua-dua belah pihak penjual dan pembeli.
Pihak kami berharap, para pelanggan membaca dan memahami terlebih dahulu TERMA DAN SYARAT dan setuju  sebelum membuat pembayaran.
Semua harga adalah di tetapkan oleh pihak Pengurusan Jueallure.blogspot.com. Sebarang promosi akan di umumkan kepada pelanggan dari masa ke semasa.

TEMPAHAN
Untuk membuat tempahan pelanggan hanya perlu mengisi butiran dalam borang tempahan yang boleh dicapai di sini.
Segala maklumat berkenaan dengan diri anda adalah sentiasa tersimpan dalam keadaan selamat dan kami komited dalam menjaga kerahsiaan setiap maklumat pelanggan kami.

PEMBAYARAN
*Bayar hanya selepas menerima email (atau SMS) pengesahan stok dari kami.
Pelanggan dibenarkan membuat pembayaran melalui Kaedah Pembayaran Bank samada dengan menggunakan
 a) Bank Transfer.
 b) Khidmat Mesin ATM ataupun
 c) Kaunter Bank Anda.
INFO AKAUN : JUE ALLURE COLLECTION 12610001199107 

Setelah membuat pembayaran, adalah menjadi tanggung-jawab pembeli untuk memaklumkan kepada  kami melalui link "hubungi kami" dengan maklumat berikut:  
1. Tarikh Tempahan
2. Nama Anda
3. Nama Bank
4. Jumlah bayaran & Maklumat transaksi
Link Hubungi Kami boleh dicapai disini
PEMPROSESAN
Kami memerlukan 3 hari bekerja untuk memproses tempahan pelanggan. Sekiranya pelanggan membuat tempahan pada hari hujung minggu Jumaat dan Sabtu bagi negeri-negeri tertentu maka hari Ahad dikira hari pertama. Begitu juga bagi negeri yang bercuti pada Sabtu dan Ahad maka Isnin dikira sebagai hari pertama.

PENGHANTARAN
Penghantaran ke rumah secara PERCUMA hanya untuk pembelian yang melebihi RM50 dan sekitar Shah Alam sahaja.
Selain kawasan Shah Alam, penghantaran akan dilakukan melalui POS LAJU dan kos pengeposan bergantung pada berat barangan yang dibeli.


 Barangan ( bawah 2kg )Barangan ( Melebihi 2kg )
Pertama 500gmTambahan 250gm 2.001 - 2.5kgTambahan 500gm 




Semenanjung
Malaysia
RM5.00RM1.00RM16.00RM2.00




SarawakRM7.00RM1.50RM26.00RM3.50
SabahRM7.00RM2.00RM31.00RM4.00



KETERSEDIAAN STOK
Sekiranya berlaku kes dimana ketiadaan stok selepas pembayaran dibuat, maka kami mempunyai hak dalam memberi beberapa pilihan kepada pelanggan kami samada:
  • Menunggu beberapa hari lagi untuk stok baru sampai.
  • Menukarkan produk yang sama item tetapi berlainan jenis
  • Demi menjaga integriti dan kredibiliti Jueallure.blogspot.com kami akan memulangkan kembali wang yang telah dibayar selepas mendapat persetujuan daripada pelanggan.
Semua TERMA & SYARAT di atas adalah tertakluk kepada pindaan dan boleh   diubah dari masa ke semasa tanpa dimaklumkan kepada pelanggan. Pelanggan diminta menyemak TERMA & SYARAT ini dari masa ke semasa yang dikira sesuai.


0 comments:

Post a Comment