MINAT pada bidang kecantikan telah memberi dorongan kepada Datin Junita Tan Sri Saruji, 39, memilih untuk menceburi bidang perniagaan.
Anak kelahiran Selangor ini melahirkan rasa syukur, kerana cita-citanya telah menjadi kenyataan dengan tertubuhnya Jue Allure Collection yang berlokasi di No 31, Jalan Plumbum R7/R, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.
Junita lebih mesra dengan panggilan Ju berkata, insan tersayang pemberi semangat suaminya yang kini Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, Datuk Shaari Mat Hussain, 49 tahun.
Katanya, suaminya turut aktif menjalankan perniagaan telah memberinya peluang menceburi bidang perniagaan dengan membuka francais Butik Kecantikan Avon, memandangkan 9/10 rezeki datangnya dari bidang perniagaan.
Ju lulusan Butler University, Indianapolis, Indiana Amerika Syarikat dalam bidang farmasi, sebelum ini bekerja sebagai Pharmacist di Subang Jaya Medical Centre.
“Apabila suami bertanding dalam Pilihan Raya Umum 2004, berjaya memenangi kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri Gual Periok, Ju mengambil keputusan berhenti kerja, kini menceburi sepenuh masa dalam bidang perniagaan,” ujarnya.
Ju yang lebih 10 tahun menggunakan produk jenama Avon yang serasi dengan wajah dan kulitnya, mahu berkongsi bersama orang ramai kebaikan produk penjagaan kecantikan dan kesihatan Avon terbukti berkesan digunakan pelbagai lapisan masyarakat.
Katanya, Avon kini telah mempelbagaikan produk membabitkan pakaian dalam dan aksesori.

Manakala kosmetik penjagaan kecantikan, kesihatan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, sesuai digunakan golongan lelaki, perempuan dengan harga yang berpatutan dan mampu dibayar.
Selain itu, beliau memilih untuk memasarkan produk Avon yang dijalankan secara francais dan jualan langsung, memandangkan produknya berkualiti tinggi hasil pakar penyelidikan berpengalaman dari Amerika Syarikat.
“Lagipun Ju tidak perlu risau, bila sebut Avon pelanggan sudah mengetahuinya, memandangkan ia telah 125 tahun berada di pasaran,” ujarnya.
Katanya, orang ramai yang menetap di kawasan Kota Kemuning, Setia Alam, Bukit Raja, Padang Jawa dan berdekatan Seksyen 7, Shah Alam boleh datang ke butik kecantikan Avon Ju yang dibuka pada setiap hari Isnin hingga Ahad dari jam 10 pagi hingga 9 malam.
Ju bercita-cita untuk mengembangkan perniagaan dengan membuka sebuah lagi butik kecantikan Avon di Klang, Selangor mengalu-alukan orang ramai yang mahu menjana pendapatan dengan menceburi bidang perniagaan ini.
Katanya, banyak keistimewaan, keuntungan yang bakal diterima bagi mereka yang mahu menceburi bidang perniagaan iaitu akan memperolehi potongan harga barangan dari 10% sehingga ke 35% setelah menjadi ahli.
Menurut Ju, peluang keemasan akan diberikan kepada orang ramai yang berkeinginan untuk menceburi bidang perniagaan tetapi tidak mempunyai modal.
“Mereka tidak perlu risau, boleh segera datang ke Jue Allure Collection kerana Ju akan memberi kemudahan kredit RM500 dengan cara memilih produk Avon dan menjualnya, dalam tempoh 30 hari perlu membayar balik pinjaman tersebut,” ujarnya.
Katanya, beliau bersama pihak pengurusan Avon akan memberi penerangan kepada orang ramai, cara dan taktik menjual barang, menarik pelanggan supaya membeli barangan tersebut.
“Rebutlah peluang keemasan ini kerana ia secara tidak langsung akan dapat menambahkan pendapatan dan seterusnya boleh menjadi wakil penjual produk Avon di kawasan masing-masing,” ujarnya.


0 comments:
Post a Comment